Rabu, 10 Disember 2014

Dalam Masa Setahun~ Macam2 akan jadi..

Assalamualaikum...

Ya Allah, dah lama sangat rasanya tak bercerita kat sini.

Alhamdulillah masih dipinjamkan segalanya hingga hari ini oleh Allah s.w.t.

Macam2 boleh berlaku dalam masa setahun kan?

Mungkin ada yang dah bertunang. Ada orang kata bertunang ni tak elok ikat lama2, nanti macam2 dugaan datang. Ada juga yang taknak bertunang sebab takut dengan dugaan masa bertunang. hmmmm~ Pucuk pangkalnya hati. kan? Apa pun tahniah kepada yang dah bertunang dan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan dalam masa terdekat ni. Barakallah untuk korang.

gambar contoh
Ada juga yang baru je melangsungkan perkahwinan. Macam kawan I baru je melangsungkan perkahwinan mereka. Taniah kepada kawan belajar I, iaitu alyn & pasangan dan juga pa'a dengan pasangannya. Baraka allahu lakuma wa baraka alikuma wa jamaah bainakuma fii khair untuk korang berdua dan pasangan. Untuk Alyn dan Paa, semoga jadi isteri yang solehah yang taat pada suami serta suruhan Allah.

Barakallah both of you
Both of you also

Alhamdulillah. Tahniah untuk korang.

Kepada bakal2 mempelai, banyak2kanlah bersabar dengan dugaan sebelum hari2 bahagia tu tiba. InsyaAllah, dengan berkat kesabaran, keimanan, ketaqwaan dalam diri, semuanya OK! Aicehhhh. HAHAHA. Even if, I belum ada pengalaman dalam dunia orang berkahwin ni. Tapi I dikelilingi mereka yang banyak pengalaman. Tak banyak sikit, insyaAllah I try jadikan pengalaman diaorang yang dah berpengalaman ni sebagai panduan. Mana yang baik, insyaAllah I ikut, mana yang kurang elok tu, I kena jadikan ia sebagai sempadan dan teladan supaya tak ikut. InsyaAllah.

Apapun, dengan Allah kita mohon segalanya.

Allah maha mengetahui. Dia lah sebaik2 perancang.

Itu sahaja untuk kali ni.



Isnin, 10 Oktober 2011

pengalaman baru pada 08/10/11

Universal Studios Singapore

wah !
overseaaa !!!

korang tahu ni kat mana tak?



ni bukan ambil kat google atau kat blog-blog orang ye.
ni di ambila diwaktu malam lepas selesai je bunga api yang ditayangkan selama 5minit.
gempakkk sangat !


haha.
 mesti ada yang tahu dan pernah pergi.
@
mesti ada yang tahu dan tak pernah pergi.
@
mesti ada yang tak tahu langsung.


siapa yang pernah pergi?
best kan?
pergi dengan siapa?
banyak tak barang-barang beli kat sana?
berapa banyak tukar duit m'sia ke duit negara tu?

nak share pengalaman laaa~

at 1st sampai je kaki kat sana, rasa macam orang jakun pula.
lepas tu, tiba-tiba je rasa macam kat luar negara yang jauh-jauh tu.
macam kat Australia tuuu~

jalan jalan jalan punya jalan,
terjumpa pulak ni.
waaaa~


haaa~
besarrkan? pening kepala bila naik yang merahh tu.
yang biru tu tak pernah lagi naik.
takut, sebab kaki terjuntai.

yang ni pula..


ada macam kat luar negara tu tak ? 
mesti adakan. 
yela, kat malaysia ni mana ada tempat macam ni.


dari kiri Siti Hajar Binti Karim dia ialah kakak ipar ku yang pertama yang dah mempunyai 2 orang anak lelaki. 
kecik je kan orannya?
hehe.
yang tengah tu, abang sulong ku. nama dia Mohd Nazri Bin M. Jaliani.

ni la satu-satunya gambar kita bertiga kat USS tu.
ada lagi gambar lain, 
tapi banyak dengan watak-watak,kartun-kartun yang ada kat Hollywood tu.

cuba tengok ni.
kata kawan wany macam kat Madrid.
kan best kalau dapat rasa "macam" pun jadilaah.



cantikk tak? hehe.
saja je. biarlah orang nak kata masuk bakul angkat sendiri ke apa ke.

janji hati riang~

banyak lagi gambar yang boleh dikongsikan.
tapi nanti orang kata jakun pula.

pada siapa yang belum pergi,
cepat-cepatlah pergi.
baru tahu macam mana perasaan kat sana masa tu.
nanti boleh sharekan cerita yang sama dengan wany.

korang bila lagi nak 
macam ni~



besssttttt!!
 berbaloi-baloi.


H.O.U.S.E.M.A.TE.

atau dikenali lagi sebagai

KAWAN SERUMAH


.saya sayang semua kawan-kawan rumah saya.
ok, mari qila kenalkan sorang demi sorang kawan-kawan qila.

yang pertama ialah
Nurul Farhah Binti Samad. nama panggilan pa'a.
kecik dan cantik je orangnya.
dia dah berpunya, "HENDSOME" laaa 'pakwe' dia.
so, jangan kacau ye!
dia budak batu pahat.

yang kedua pula
nama dia Norsuhana Binti A. Rahman, kitaorang panggil dia ana.
di ni kaki sport, semua sukan kalau boleh dia nak main,
terutama sekali Bola Jaring. 
wah! dia memang handal kalau main net ball.

ha..
yang seterusnya pula,
nama diberi Siti Nor Baya Binti Amin , nama panggilan dia baya.
dia seorang yang bergaya dengan bermacam jenis tudung yang dia ada.
cantik~

yang ke-4 pula.
mak abah dia bagi nama yang pendek dan ringkas je.
nama dia Aein Binti Mahmod.
kalau dah namanya pendek, aein jela yang kitaorang panggil.
rajin mengemas dan kuat bebel sebab rumah bersepah, dialah orangnya. 
hehe

no 6 ni pula.
maizatul Shazliza Binti Abd Samad namanya.
dia ni pandai buat sambal belacan yang kaw-kaw punya pedas.
al maklum la, dia kata tu sambal belcan BP. 
tu yang sedap~

yang 2nd last ni pula.
nama dia Ani Syakila.
kawan rumah panggil ani je.
dia ni ada "boyfriend", dia sayang & setia sangat dengan buah hati dia yang sorang tu.
al maklum la dah ber"couple" dari sekolah lagi.
alhamdulillah~

haaaa~
yang last ni. 
orangnya, tauke kepada blog ni laaa~
nama dia Nur Syazwani Aqilah Binti M. Jaliani.
kawan-kawan dia panggil qila, ada juga yang panggil wany.
takkan nak jadi orang "masuk bakul angkat sendiri" pula.
so, hanya mereka mereka dan mereka je tahu siapa qila dan wany ni.





nak tengok MEREKA?
mesti nak tengok CANTIK ke tak kan?





haaaaa~





ok! ni laaa kawan-kawan saya.






cantikk kan MEREKA ?


YA !
mereka meang cantik,
tak dinafikan lagi.





Jumaat, 19 Ogos 2011

renungan kita bersama..

apa guna jadi lelaki KACAK kalau ba QURAN pun meRANGKAK-RANGKAK ..
apa guna jadi perepuan CANTIK kalau ja 12 tengahari pun tak CELIK-CELIK lagi matanya..
apa guna kalau PANJANG kalau fardhu ais asas pun LINTANG PUKANG..
apa guna Allah bagi HIDAYAH kalau nak solat pun sikit punya PAYAH..
apa guna jadi MANUSIA kalau umur Allah bagi kita SIA-SIAKAN..
apa guna harta MELIMPAH kalau nak hulur pada yang eerlukan pun SUSAH..
apa guna kalau PANGKAT besar kalau kubur dah dekat pun masih tak sedar..

Isnin, 15 Ogos 2011

sahabat ku...

wahai sahabat ku...
 jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak, 
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama Tercinta.
jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakar sinar islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.
jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat islam itu.
jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka petahankanlah Islam dimata dunia.
jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang di Redhai-NYA
jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada Tuhan yang Maha Pencipta.
jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.
jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.
jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak,
maka bentukanlah acuan semourna dalam sanubari anak didik mereka agar kelaj menjadi Golongan di atas.

Walau dimanajua pun kita semua akan tercampak pergi,
hiduplah di atas satu landasan kebenaran iaitu Islam.
Sekadar peringatan untuk diri dan semua.
InsyaALLAH, 
sama-samalah kita berusaha untuk mendapat keRedhaan-Nya atas setiap pekerjaan yang kita lakukan.

ISLAM

I - Isyak
S - Subuh
L - Luhur/Zuhur
A - Asar
M - Maghrib

kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, apa akan jadi?
hilanglah apa yang dimaksudkan dengan ISLAM
sebab itulah, SOLAT itu tiang AGAMA.

mari kita bermuhasabah bersama.
semoga Allah memberkati kita semua.
amiinnn...

Khamis, 11 Ogos 2011

tugas izrail

Bismimillahirrahmanirrahimm..

Sebuah Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh ABdullah b Abbas R.A. bahawa Rasullullah S.A.W bersabda maksudnya "bahawa MLAIKAAT MAUT memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. 

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. 

Maka berkata Izrail : 
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya. Tetapi dia masih berseronok -seronok, dan bergelak ketawa.

1 hari : 24 jam : 14440 minit
1440 minit / 70 : 20.571 minit
ini bermaknan MALAIKAT MAUT menziarahi kita setiap 21 minit.
renung-renungkan...